RUNSING KERANA TERNAKAN TIDAK CEPAT GEMUK?

November 2, 2011

Sebagai penternak, sama ada ternakan lembu/ kambing, ayam/ itek atau ikan, walau pun ada makanan yang diberikan, kita dapati ternakan kita itu masih tidak cepat gemok, mungkin kerana kurang selera makan atau sebab sebab lain. Jika ini berlaku kita mungkin mengambil masa yang lebih panjang (kerana itu kosnya meningkat) dalam mendapatkan saiz atau berat ternakan bagi pasaran.

Jangan risau, teknoloji di Thailand telah dapat mengatasi perkara ini dengan mencampurkan dalam makanan ternakan tersebut bahan dari Chitosan. Anda hanya perlu cairkan Chitosan ini dan gaul dengan makanan ternakan anda dan beri mereka makan 2 atau 3 kali seminggu. Sikit saja, satu tudung botolnya di campur dengan 3 tudung air, bancuh dan gaulkan dengan makanan/ fid ternakan. Selepas itu anda akan dapati ternakan anda makin naik berat timbangannya. Jaga2 ada juga Chitosan tiruan di jual……dapatkan Chitosan ori dari pembekal Thailand. Lihat botolnya yang mempunyai simbol timbol gambar syarikat pengeluarnya.

 

 

KEPADA PETANI DAN PENTERNAK………..

November 1, 2011

Kadang kadang kita menghadapi masaalah kesuburan tanaman atau lambatnya pembesaran ternakan………..Nanti saya ceritakan bagaimana nak mengatasi masaalah ini dengan teknoloji dari Thailand…………………………….

TANAMAN HERBA

May 21, 2010

Sebahagian tanah yang masih kosong ditanami dengan beberapa jenis herba. Saya mulakan dengan herba Hempadu Bumi kerana ianya adalah pokok ajaib kurnian Allah dan mudah tumbuh di merata rata dunia.

OGOS 2009

September 17, 2009

Bulan ogos ni tak banyak pergerakan. Pekerja mai ma….tamm HiNi lei, pai mai dai……Jadi nasib baik dapat seorang budak baik rajin berkerja. Dia ni duduk di ladang, tidur di dangau tu…kerja rajin, anak orang susah baru berusia 17 tahun…Budak ni kalau ngam dgn ku akan ku bentuk jadi usahawan tani kelak…

Malang tak berbau kontrekter yang kerja membersihkan tanah seluas 4.5 relong tu cabut pulak…nasib baik tak bayar duit habis…Jadi kawasan tu tak dapat ditanam lagi. ya tak ya dapat tanam kawasan yang dah dibersihkan dengan 500 anak pisang.

yang dah bersih

Setakat ini hanya keluasan ini sahaja yang dapat di tanam, iaitu l.k. 0.60 relong dan saya tanam senamyak 500 pokok jarak 6′ X 6′.

umur 1 bln1

RANCANGAN SETERUSNYA:

1.    Cuba mendapatkan kontrektor lain membersihkan kawasan 4.5 relong.

(Pakai buldozer/Backhoe atau penebang upahan).

2.   Membersihkan kawasan tanaman lama [2 relong] untuk ditanam semula pisang sebanyak 1,000 pokok

(Pakai mesin dan racun)

3.   Membersihkan kawasan sepanjang tebing (Tanaman buluh) pakai Backhoe serta korek telaga.

MULA KERJA : JULAI 2009

July 25, 2009

JALAM MASUK LADANG


SEBELUM TOLAK

Ini kaadaan tanah sebelum di bersihkan. Hutan di belakang tu tempat segala babi hutan, kera lutong bergayutan.

MAKA DATANG LAH ‘NATANG DAJAII’ MEMAKAN POKOK.

KERJA MULA

Hari mula ‘Cari makan’ mula masuk…..

KERJA MULA7

OHHH makin cerah dan botaklah dunia ku…..Sorry wahai bumi. Aku terpaksa. Phon kathod. Mai pen… mai pen kap.

KERJA MULA4

Kayu kayan ni berharga juga. Satu lori kecil dapat RM100.  Agak agak dapat lah 20 lori kut…..Aku nak bawa lari kayu ni ka kilang Plywood di Jabi…Ssssssssst jangan habaq kat Pejabat Hutan nooo..

KERJA MULA6

Sawadee Kap… mai tong ni tam ngan. Tam dton gluay….Gluay arai.. Mai ruuu. Pisang Berangan kut…Phom put Thai mai dai.. Khun put Malay mai dai… ha mampuss aku.

BANGSAL

Bangsal lama ni akan di perbaiki kerana ada dua pekerja suami isteri orang Thai {Korat mari} akan tinggal di sini…

Korat ni katanya lebih kurang 200km atas dari Krungtip. Apa benda tu Krungtip. Krungtip tu Bangkok lah bang oiiii!

Air minum ada [ air paip pi ambil seberang sungai, ada rumah kawan le…], air mandi ada, mandi sungai le. Letrik ada sambung wayer kat rumah kawan. Yang bagus nya belakang bangsal ni ada sungai….Sungai Kedah namanya….hulu sungai ni sampai Kuala Nerang, sampai Empangan pedu nuu…

Masaalahnya depa tak tau cakap Melayu dan aku tak tau cakap Thai. Ini cerita Itek jumpa dgn Ayam…. macamana ye…

Bagi ku ini bukan masaalah, tapi satu peluang. Peluang aku  belajar bahasa Thai…Lepas ni kalau pi Bangkok ada tak dak masaalah lagi.